Tuesday 18 October 2011

simptom dan masalah indentifikasi kanak-kanak disleksia

Simptom yang di nyatakan ini bukanlah mutlak dimiliki pada setiap anak-anak disleksik. Ibubapa diminta merujuk kepada yang lebih pakar untuk kepastian yang lebih lanjut.Apa yang dinyatakan ini sekadar rujukan asas semata-mata.

PERINGKAT PRA SEKOLAH
  • lambat bertutur
  • mencampur adukkan bunyi
  • jangkitan telinga yang teruk
  • reaksi yang teruk kepada penyakit kanak-kanak
  • tidak boleh menyatakan perkataan yang mempunyai rima akhir yang sama
  • keliru / lambat menentukan kiri dan kanan
  • menghadapi masalah mengikat tali kasut
  • sukar mengingati nombor
  • mempunyai saudara yang menghidap disleksia.
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
  • tulisan tangan yang lambat
  • menterbalikkan huruf
  • sukar tulisan sambung
  • susah butang baju
  • baca lambat, tidak tepat
  • sukar ingat perkataan bukan fonik bahasa inggeris cth - eye , ear
  • sukar menggunakan jam berjarum
  • masalah dalam matematik
  • sukar guna perkataan yang betul ketika bertutur
  • meja / beg berselerak
  • tidak suka ke sekolah
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
  • perbendaharan kata yang terhad
  • kelemahan mengekspresikan dalam bentuk tulisan
  • jurang kemahiran lisan dan penulisan yang amat ketara
  • tidak berupaya menguasai bahasa kedua
  • sukar baca nota muzik
  • gred yang rendah dalam kebanyakan subjek
  • murid yang tercicir dalam arus pendidikan berbanding rakan sebaya
PERINGKAT DEWASA
  • baca lambat
  • baca dua tiga kali untuk faham
  • selalu silap mengeja
  • sukar melahirkan idea dalam bentuk tulisan
  • tidak suka membaca memo / surat
  • mengalami masalah arah kiri / kanan
  • sering sesat walaupun dalam kawasan yang biasa
  • sering keliru dengan "b" dan "d"

Monday 17 October 2011

alhamdulillah..

segala puji bg Allah yang mencipta sekalian isi alam.
hidup ini memang penuh dengan cabaran, jatuh bangun kita, kita juga yang menentukan.
lama atau tidak tempoh kita untuk bangkit dari kekecewaan itu juga terletak pada pilihan kita.
hidup mesti diteruskan , anggap sahaja kepahitan yang ditempuhi itu sebagai azimat untuk hari esok.
sendu hari ini tidak bermakna esok masih berair mata, tabahkan hati kelak akan datang jua sinar bahagia.
Allah menguji kerana rindu mendengar rintihan hamba Nya..jadi teruskan mengadu pada Dia Yang Maha Pendengar..kerana hanya Dia yang akan menjaga hati ini..

salam sayang,
d