Monday 16 March 2015

PENGALAMAN ANAK KE DUA

Assalamualaikumdan salam sejahtera semua.

Kali ni saya kongsi pengalaman mengandung anak ke 2 dgn keadaan saya masih ada takayasu arteritis n asd minor..or sekarang doc cardio tulis dlm report saya,pfo.




Anak kedua saya kandungkan dlm keadaan saya baru posting sebagai guru p.khas di ppkid sk merlimau dua.saya perlu naik ke tingkat 3 setiap hari berulang kali sehari.dlm mengah naik turun tangga tu saya bertahan.

Medical check up saya di ppum ketika itu sama mcm mengandungkan anak sulung.tiap minggu saya perlu check up di ppum di 2 clinic yg berbeza..di clinic cardio dn clinic gynea.di gynea saya bawah pemeriksaan prof dr silay. Beruntung nya saya ketika itu kerana saya dpt boss yg sgt memahami.saya akan dpt mc setiap hari jumaat dan isnin sbb hari itu lah saya check up selama 7bln. Bukan di ppum shj say perlu check up tp di klinik kesihatan merlimau dah hosp jasin pun sama.sbb mereka di merlimau perlu tahu keadaan saya supaya kalau saya bersalin awal x sempat ke ppum so mereka dah alert kes saya.Mcm tu la rutin saya sepjg mengandung anak ke dua.


Naik tangga walau perut dah membesar,  baby pulak boleh tahan besarnya.anak lelaki...keluar pun 3.27kg. Waktu kandungan dah hampir 8bln saya terpaksa warded sbb doc tgk jantung saya kurang perform.maybe sbb saya stress kerja.hari sabtu saya masih mengajar kelas tmbhn thn 6. Jd ulang alik kl tu mcm kl sebelah merlimau ni je.

Saya akur aja dgn nasihat doc.walaupun hati risau anak sulung ni siapa nak tlg jaga.tp mcm biasa..suami saya mmg superb.dia boleh jaga anak alone bila saya belajar kpli di jb setahun.so..dlm sebulan dua tu..kacang aja bg dia.yg penting saya selamat n sihat.

Saya dok dlm ward asalnya mcm redha je la walau boring,tp doc pun kesian kat saya..dia ckp dia bg saya balik umah tp bkn ke melaka..balik umah parents saya di kepong aja.saya punya happy allah je tau.mcm dpt life baru je rasanya tu.masuk wad sbb jd exam sample pun iye juga saya ni.


Tak lama lps tu saya dah turun tanda nak bersalin.tp dek penangan cite nur kasih yg last episod saya bertahan ckpnak tgk cite ni dulu baru gi hosp.tp allah sebaik perancang..x bleh tahan dah rush to the ppum sepantas nya.but...mlm tu jln kat kl heavy jam.suami dah genggam tgn.soh kuat ke dia panic ke..saya pun xtau.mama saya ada kat belakang sit.dok la soh saya zikir.mmg semua doa saya baca.sakit nya nak beranak tu saya rasa buat jantung saya x stabil.smpai ppum staf terus call anesth.ready utk bius saya..sbb anak first saya guna epidural utk kurangkan sakit supaya jantung saya x stress.pakar cardio pun di panggil.tp kuasa allah, ada kes emergancy yg pakar bius kena handle dulu.

Doc yg in charge mlm tu dah suruh saya mengucap n ambil gas utk kurangkan sakit.saya request pd doc tu utk ckp i love u pd suami saya.sbb that time saya rasa this is it...akhirnya hidup saya.suami kat luar delivery room baca yasin n semua surah yg mama saya suruh.air mata dia..saya x dpt tgk tp dr ckp mama saya mmg suami saya sgt redha n pasrah bila doc ckp keadaan saya yg tgh bertarung nyawa.


Anak saya lahir bila doc ckp kalo saya dah kepenatan nak push baby kena operate la saya ni.takut nak operate punya pasal..bersalin normal juga si adik ni.actually org yg ada pfo ni doc x syorkan belah2 badan sbb takut infection.so sebolehnya bersalin normal la. Lepas bersalin no 2  ni dapat boy pulak doc silay ckp enough la dgn kids.u dah buat lebih dr apa doc expect a person like u can do.


Suami pun mcm jeran dgn situasi panik hari tu dia pun x pernah sebut nak tambah anak lg sampai sekarang.ada rezeki ada la baby baru,x ada pun apa.cukup 2. 
Dah saya masih lagi ke ppum check up di sana..setia setiap tahun..dr 1982 sampai sekarang. Ppum rumah kedua saya..mcm pent house mungkin.heheheh..Life is to short utk kita sesali.nikmati lah kehidupan dgn cara plg maxima yg boleh tp jgn lupa allah. Allah sebaik2 perancang.
























Tuesday 10 March 2015

pengalaman mengandung bagi ibu yang ada takayasu's arteritis

Assalamualaikum semua.

lama sungguh saya tak kemas kini blog saya ni.punca nya sejak saya dpt jawatan penyelaras ppkid saya mmg agak sibuk mcm semut.hobi berkebun pun kadang on kadang off.

Tp hari ni saya update data sbb ada respond dr pembaca blog saya yg nak saya sharekan pengalaman sbg pesakit takayasu's arteritis..penyakit yg menyebabkan salur darah bersaiz kecil dari normal.

Ok secara jujurnya saya tak dapat nak terangkan apa yg berlaku dlm hidup saya sebagai org yg sakit sbb saya x pernah anggap saya sakit.cuma saya sedar saya sakit,jd saya perlu beritahu org keliling saya yg saya sakit utk keselamatan saya sendiri.kad temujanji di ppu sentiasa ada dlm kereta saya,kerana kad itu ada no tel ppum dan no rekod fail perbadi saya.( saya x suka perkataan sakit ni sebenarnya.bg saya ia adalah anugerah dr allah)

 Rezeki anak adalah sesuatu yg x diduga oleh saya.sbb prof asmah pernah ckp risiko org mcm saya ni nak ada anak..risiko time mengandung risiko time bersalin yg x dpt nak diduga oleh doc.bg mereka nyawa ibu lebih dahulu perlu diselamatkan. But allah sebaik perancang,sebulan lepas nikah saya mengandung anak sulung saya.saya diselia rapi oleh para doc terbaik di ppum.kerana risiko yg saya tanggung.ye..ada doc syorkan saya gugurkan kandungan sbb saya mabuk teruk time mengandung.tp saya ckp tak apa saya sanggup cuba.sbb kalau saya x cuba saya tak tahu kesudahannya.n mati tu kan dah pasti.

Pendekkan cerita setiap minggu saya pergi ke ppum.seminggu utk check up cardio clinic next week nya ke gynea clinic check baby pulak.mcm tu la rutin saya dan suami berulang alik dr melaka ke kl.di kl tidur rumah mak ayah saya.2 bln sebelum bersalin saya dah stay di wad bersalin sbb nya doc nak kawal pergerakan saya.dan kadar jantung saya bekerja.doc nasihatkan rehat.mujur sgt anak pertama ni saya masih menganggur.jd saya x menghadapi kerenah kerja di pejabat.anak sulung saya lahir pd tarikh lahir saya..di hosp yg sama saya dilahirkan dan kami sama2 perempuan, sama2 kidal,sama2 anak sulung dlm family..byk betul persamaan kami..tp saya mencari satu perbezaan...dia x de masalah jantung.seminggu lps bersalin baru saya boleh balik ke rumah.bersama anak.sbb saya dipantau ketat oleh doc.sebelum benar2 kuat utk kembali hidup normal.pengorbanan wang ringgit dr suami dan masa dia berulang alik dr melaka ke kl sgt la besar.Saya siap tulis wasiat utk suami sblm bersalin..dan dia masih simpan wasiat saya tu selepas 9 thn anak sulung kami lahir.
 pengalaman anak ke dua tunggu post seterusnya ya...panggilan azan dah berkumandang.solat dulu jom




















Wednesday 19 September 2012

CIRI-CIRI MURID DISLEKSIA

  1. Kreatif dalam reka bentuk benda-benda maujud.
  2. Murid mempunyai banya idea ( full of ideas).
  3. Murid keliru membeza bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata
  4. Kekeliruan di antara kiri dan kanan , atas dan bawah.
  5. Pemahaman yang terhad dalam komunikasi bertulis.
  6. Murid menulis abjad-abjad dan perkataan secara terbalik.
  7. Menunjukkan kekeliruan dalam urutan nombor.
  8. Kekeliruan dengan simbol - simbol 
  9. Tumpuan mudah beralih
  10. Kelihatan seperti berkhayal dan tidak mendengar.
  11. Menggunakan taktik mengelak untuk melakukan sesuatu kerja.
  12. Tiada ekspresi semasa membaca.
  13. Murid sukar membaca ayat panjang. Murid berasa waswas atua teragak-agak keran kurang yakin , sama ada yang dibaca itu salah atau betul.
  14. Rasa penat yang keterlaluan keran terpaksa memberi tumpuan dan daya usaha yang tinggi.
  15. Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca berbanding rakan sebaya . Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid semasa membaca ialah :-
  • tidak menghiraukan tanda bacaan.
  • menggugurkan perkataan.
  • menggantikan perkataan.
  • menambah perkataan pada bacaannya.
  • melangkau baris. Tertinggal baris kedua semasa membaca. 
16. Murid mengalami kesukaran dalam membaca perkataan yang mempunyai vokal berganding /diftong dan  digraf/konsonan berganding.
17. Hasil kerja tidak kemas; tulisan dan bentuk huruf tidak seragam ;tidak menikut garisan.
18.Murid sukar menyalin maklumat ;
  • yang ditulis oleh guru di papan hitam
  • yang diperdengar atau yang disebut oleh guru.

Saturday 8 September 2012

MASALAH KECELARUAN YANG DIHADAPI OLEH MEREKA YANG DISLEKSIK

Antara masalah yang dihadapi oleh insan istimewa ini ialah mereka akan:
  • menggantikan bunyi cth SEKOLAH -- SAKOLAH
  • menambah bunyi sebutan / perkataan / huruf 
  • persepsi huruf secara visual. persepsi huruf ni terbahagi kepada 3 kategori pulak. insan disleksik ni biasanya akan mempunyai masalah :
  1.  Double vision -- keadaan dimana mereka akan nampak huruf/teks/gambar berganda.semua jd 2.
  2. Eyes Side -- mereka nampak huruf berputar atau lebih dikenali sebagai "The Swirl Effect"
  3. Pembalikan huruf -- mereka nampak huruf semua terbalik..macam mana tu? ok..anda buka buku..then anda halakan buku tu ke cermin..imej buku di cermin tu lah yg org disleksik nampak bila dia membaca. Senang tak anda untuk membaca buku yang huruf nya terbalik atau lebih dikenali sbg "Mirror Image" macam tu?
Jadi janganlan marah mereka yang disleksik ni kalau mereka lambat bila membaca.

FAKTOR KETURUNAN

Menurut kajian pakar, disleksia ni berlaku disebabka faktor keturunan. Ia berlaku kerana genetik ibu atau bapa yang mempunyai disleksia ni akan turun ke anak. Berikut ditunjukkan peratusan kebarangkalian anak akan mendapat genetik disleksia mengikut jantina anak.

Bapa disleksik
40% anak lelaki                20% anak perempuan

Bapa bukan disleksik
6% anak lelaki                 2% anak perempuan

Ibu disleksik
35% anak lelaki               15% anak perempuan

Ibu bukan disleksik
7% anak lelaki



APA BEZA DISLEKSIA DAN LEMBAM?

Pasti ramai yang tertanya-tanya..apa beza anak disleksik ni dengan anak yang lembam..ok kat sini ada sedikit informasi yang mungkin boleh membantu kita untuk lebih memahami perbezaan tersebut.

Anak2 disleksik mempunyai :-
  • keupayaan intelek searas atau lebih.
  • aras kecerdasan 100 atau lebih.
  • kurang memahami apa yang diperkatakan dan berpengetahuan dari segi lisan.
Anak2 yang lembam mempunyai :-
  • keupayaan intelek yang terhad.
  • aras kecerdasan 70 dan kurang.
  • masalah membaca dan menulis berterusan.