Wednesday 19 September 2012

CIRI-CIRI MURID DISLEKSIA

  1. Kreatif dalam reka bentuk benda-benda maujud.
  2. Murid mempunyai banya idea ( full of ideas).
  3. Murid keliru membeza bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata
  4. Kekeliruan di antara kiri dan kanan , atas dan bawah.
  5. Pemahaman yang terhad dalam komunikasi bertulis.
  6. Murid menulis abjad-abjad dan perkataan secara terbalik.
  7. Menunjukkan kekeliruan dalam urutan nombor.
  8. Kekeliruan dengan simbol - simbol 
  9. Tumpuan mudah beralih
  10. Kelihatan seperti berkhayal dan tidak mendengar.
  11. Menggunakan taktik mengelak untuk melakukan sesuatu kerja.
  12. Tiada ekspresi semasa membaca.
  13. Murid sukar membaca ayat panjang. Murid berasa waswas atua teragak-agak keran kurang yakin , sama ada yang dibaca itu salah atau betul.
  14. Rasa penat yang keterlaluan keran terpaksa memberi tumpuan dan daya usaha yang tinggi.
  15. Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca berbanding rakan sebaya . Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid semasa membaca ialah :-
  • tidak menghiraukan tanda bacaan.
  • menggugurkan perkataan.
  • menggantikan perkataan.
  • menambah perkataan pada bacaannya.
  • melangkau baris. Tertinggal baris kedua semasa membaca. 
16. Murid mengalami kesukaran dalam membaca perkataan yang mempunyai vokal berganding /diftong dan  digraf/konsonan berganding.
17. Hasil kerja tidak kemas; tulisan dan bentuk huruf tidak seragam ;tidak menikut garisan.
18.Murid sukar menyalin maklumat ;
  • yang ditulis oleh guru di papan hitam
  • yang diperdengar atau yang disebut oleh guru.

Saturday 8 September 2012

MASALAH KECELARUAN YANG DIHADAPI OLEH MEREKA YANG DISLEKSIK

Antara masalah yang dihadapi oleh insan istimewa ini ialah mereka akan:
  • menggantikan bunyi cth SEKOLAH -- SAKOLAH
  • menambah bunyi sebutan / perkataan / huruf 
  • persepsi huruf secara visual. persepsi huruf ni terbahagi kepada 3 kategori pulak. insan disleksik ni biasanya akan mempunyai masalah :
  1.  Double vision -- keadaan dimana mereka akan nampak huruf/teks/gambar berganda.semua jd 2.
  2. Eyes Side -- mereka nampak huruf berputar atau lebih dikenali sebagai "The Swirl Effect"
  3. Pembalikan huruf -- mereka nampak huruf semua terbalik..macam mana tu? ok..anda buka buku..then anda halakan buku tu ke cermin..imej buku di cermin tu lah yg org disleksik nampak bila dia membaca. Senang tak anda untuk membaca buku yang huruf nya terbalik atau lebih dikenali sbg "Mirror Image" macam tu?
Jadi janganlan marah mereka yang disleksik ni kalau mereka lambat bila membaca.

FAKTOR KETURUNAN

Menurut kajian pakar, disleksia ni berlaku disebabka faktor keturunan. Ia berlaku kerana genetik ibu atau bapa yang mempunyai disleksia ni akan turun ke anak. Berikut ditunjukkan peratusan kebarangkalian anak akan mendapat genetik disleksia mengikut jantina anak.

Bapa disleksik
40% anak lelaki                20% anak perempuan

Bapa bukan disleksik
6% anak lelaki                 2% anak perempuan

Ibu disleksik
35% anak lelaki               15% anak perempuan

Ibu bukan disleksik
7% anak lelaki



APA BEZA DISLEKSIA DAN LEMBAM?

Pasti ramai yang tertanya-tanya..apa beza anak disleksik ni dengan anak yang lembam..ok kat sini ada sedikit informasi yang mungkin boleh membantu kita untuk lebih memahami perbezaan tersebut.

Anak2 disleksik mempunyai :-
  • keupayaan intelek searas atau lebih.
  • aras kecerdasan 100 atau lebih.
  • kurang memahami apa yang diperkatakan dan berpengetahuan dari segi lisan.
Anak2 yang lembam mempunyai :-
  • keupayaan intelek yang terhad.
  • aras kecerdasan 70 dan kurang.
  • masalah membaca dan menulis berterusan.

DISLEKSIA??

OK..siapa yang dah baca blog ni dari awal..boleh la meneruskan pembacaan entri saya kali ni.kalo yang belum tu..kena la baca dulu.hehehe

Saya pun baru dapat ilmu baru hari ni..hasil dari pergi kursus tadi.Rupa2 nya kita yang dah dewasa ni pun boleh dapat disleksia ni juga...dan disleksia ni dipanggil disleksia perolehan.sebelum saya terangkan apa itu disleksia perolehan moh saya terangkan dulu jenis2 disleksia yang lain.

disleksia ni ada 4 kategori..
1.disleksia pendengaran (audio)- murid yang menghadapi masalah disleksia audio ni tak dapat membezakan persamaan / perbezaan bunyi  atau mengadun bunyi menjadi perkataan.
2. disleksia panduan (visual) - murid yang mengahadapi masalah ini,mereka dapat melihat dengan baik, tetapi tidak dapat membezakan atau membuat interpretasi atau mengingat perkataan yang dilihat.
3. disleksia visual & audio - murid yang menghadapi masalah kategori ini adalah insan yang paling mencabar hidupnya..kerana dikurniakan " kelebihan" ini.bayangkan masalah kategori 1 dan 2 dihadapi oleh seorang anak kecil..renungkan..betapa mencabarnya hidup ini bagi dia.
4 . disleksia perolehan - disleksia jenis ini biasanya didapati akibat sesuatu kemalangan yang berlaku ke atas org dewasa yang melibatkan otak.gangguan akibat hentakan atau gegaran boleh menyebabkan otak mengalami gangguan/kekeliruan dalam memproses maklumat atau mengingati arah.

Sebenarnya 5% hingga 17% penduduk Malaysia mengalami kebarangkalian disleksia ini.Cuma kita je yang tak sedar. Antaranya bila anda kidal..anda ada kebarangkalian disleksia.hahahaaa..saya kidal!yes..kiri dari lahir.dan saya kadang2 ada simptom disleksia ni juga..hummm.

Perkongsian ilmu.

Ramai yang tertanya-tanya macam mana mahu mengenalpasti anak - anak kecil ini mempunyai masalah disleksia atau tidak.yela..benda yang berkaitan disleksia ni tak boleh dilihat menggunakan mata..dalam otak.memang la susah nak dikenal pasti masalah/kekurangan yang dihadapi.tak macam yang sindrom down atau autisme.
Hasil dari pergi kursus/taklimat tadi..kat sini ada info yang boleh dikongsi bersama anda semua.

Simptom2 yang menunjukkan ada KEBARANGKALIAN anak2 kecil mempunyai masalah disleksia boleh dikenalpasti melalui :-

1.Sound - bunyi, yang mana anak2 kecil ini kadang2 pelat atau gagap bila bertutur.
2. Speed - kepantasan dia bertutur.
3. Kebolehan menentukan tempoh aturan masa contohnya susunan hari  ISNIN , SELASA , RABU dan seterusnya.
4. Motor skills - tengok la anak2 kecil ni boleh tak masukkan manik (yang berlubang besar) ke dalam benang kasar.
5. Memory - anak2 disleksik ni tak boleh ingat arahan yang panjang.kalau nak bg arahan bagi arahan yang ringkas dan spesifik. contoh :- " Tolong ambil baju atas katil,kemudian pergi dapur ambil bekas air lepas tu bawa makanan dalam bekas biru ke dalam kereta." yang anda akan peroleh nanti hanyalah bekas makanan warna biru tu je dalam kereta..yang lain dia lupa.
6. Ratio - nisbah murid lelaki menghadapi masalah disleksia lebih ramai berbanding murid perempuan.

JANGAN INGAT KITA YANG TUA/DEWASA NI TAK BOLEH ADA DISLEKSIA KERANA DISLEKSIA INI BOLEH BERLAKU PADA MANA2 PERINGKAT DAN KEBOLEHAN INTELEKTUAL YER.

macam mana boleh jadi macam tu..tunggu tulisan saya seterusnya...