Tuesday, 18 October 2011

simptom dan masalah indentifikasi kanak-kanak disleksia

Simptom yang di nyatakan ini bukanlah mutlak dimiliki pada setiap anak-anak disleksik. Ibubapa diminta merujuk kepada yang lebih pakar untuk kepastian yang lebih lanjut.Apa yang dinyatakan ini sekadar rujukan asas semata-mata.

PERINGKAT PRA SEKOLAH
  • lambat bertutur
  • mencampur adukkan bunyi
  • jangkitan telinga yang teruk
  • reaksi yang teruk kepada penyakit kanak-kanak
  • tidak boleh menyatakan perkataan yang mempunyai rima akhir yang sama
  • keliru / lambat menentukan kiri dan kanan
  • menghadapi masalah mengikat tali kasut
  • sukar mengingati nombor
  • mempunyai saudara yang menghidap disleksia.
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH
  • tulisan tangan yang lambat
  • menterbalikkan huruf
  • sukar tulisan sambung
  • susah butang baju
  • baca lambat, tidak tepat
  • sukar ingat perkataan bukan fonik bahasa inggeris cth - eye , ear
  • sukar menggunakan jam berjarum
  • masalah dalam matematik
  • sukar guna perkataan yang betul ketika bertutur
  • meja / beg berselerak
  • tidak suka ke sekolah
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
  • perbendaharan kata yang terhad
  • kelemahan mengekspresikan dalam bentuk tulisan
  • jurang kemahiran lisan dan penulisan yang amat ketara
  • tidak berupaya menguasai bahasa kedua
  • sukar baca nota muzik
  • gred yang rendah dalam kebanyakan subjek
  • murid yang tercicir dalam arus pendidikan berbanding rakan sebaya
PERINGKAT DEWASA
  • baca lambat
  • baca dua tiga kali untuk faham
  • selalu silap mengeja
  • sukar melahirkan idea dalam bentuk tulisan
  • tidak suka membaca memo / surat
  • mengalami masalah arah kiri / kanan
  • sering sesat walaupun dalam kawasan yang biasa
  • sering keliru dengan "b" dan "d"

No comments:

Post a Comment