Tuesday 23 August 2011

KAEDAH MENGAJAR ANAK - ANAK DISLEKSIK


Diatas merupakan satu kaedah untuk mengajar anak2 disleksik ini.Bagi aku,seorang guru anak2 disleksik ini , aku perlu kreatif. penggunaan bbm yg murah tetapi berkesan adalah menjadi kelebihan. ketika aktiviti membaca, aku menggunakan "bar card" iaitu mounting board di potong mengikut saiz buku dan dibuat lubang memanjang mengikut saiz tulisan di dalam buku.(seandai berkesempatan akan di loadkan gambar nya.)ia amat berkesan untuk membantu fokus anak2 ini tadi ketika membaca dan mengurangkan kecelaruan penglihatan mereka.

Kaedah lain yang boleh digunakan ialah menggunakan kertas berwarna ketika menjalankan aktiviti menulis,berikan kebebasan murid memilih warna kegemaran mereka kerana ia akan membantu murid untuk sentiasa fokus.kertas berwarna ini biasanya digunakan ketika ada aktiviti menulis.

Kaedah menulis di tapak tangan murid dilakukan sekiranya murid sentiasa menulis huruf tertentu secara terbalik.contoh sekiranya murid selalu menulis huruf b sebagai d,aku akan menulis huruf yang betul di tapak tangannya menggunakan pen marker agar dia dapat merasakan dengan jelas pembentukan huruf tadi.disini rangsangan dari deria sentuhan di gunakan.mata murid dipejamkan agar lebih fokus pada pembentukan huruf tadi.

Latihan menulis di dalam buku bergaris 4 di lakukan dengan berkala untuk melatih murid menulis mengikut pembentukan huruf dan garisan yang betul.

Bagi membantu murid dalam membuat latihan selepas setiap sesi P&P,aku akan memberikan lembaran kerja yang difotostat agar murid tidak membuang masa menyalin soalan,kerana mereka ini akan sukar menyalin sesuatu ayat yang panjang.( belum lagi masa untuk menjawap soalan itu diambil kira.)

Bagi murid yang telah boleh menguasai pelajaran tetapi selalu tertinggal huruf dalam penulisan mereka,teguran secara spontan perlu dilakukan agar murid sedar mereka telah melakukan kesilapan dan membetulkannya serta merta.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak2 disleksik boleh lah mencuba kaedah ini untuk membantu pelajaran anak-anak dirumah.Ini kerana anak2 disleksik ini memerlukan bimbingan berterusan supaya mampu mengingati dan menguasai pelajaran dengan baik. Kerjasama dan sokongan dari pihak ibu bapa amatlah diperlukan oleh anak2 ini. Kasih sayang dan perhatian yang dicurahkan akan membantu perkembangan yang lebih positif.,insyaallah.



apa itu disleksia? Bhgn 2

assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ni aku nak kongsi maklumat yg aku dapat dr taklimat dr ketua unit pendidikan khas negeri melaka,en md aziz b hj lani.semoga perkongsian maklumat ini dpt memberikan kefahaman yang lebih jelas lagi.selamat membaca..

masalah yang dihadapi oleh anak-anak disleksik:
  • masalah fonologi-kekeliruan kepada perkataan yang mempunyai bunyi yang hampir sama.
  • memerlukan bimbingan secara tidak langsung atau ketara.(unobstrusive help)
  • susah menjawab soalan secara tiba-tiba kerana masalah memperoleh fakta-anak2 disleksik ini boleh mendengar dan melihat tetapi bermasalah dalam memproses perkataan.
  • kecenderungan menjadi "kaku" apabila ditanya soalan.
  • masalah penyusunan bersiri- anak- anak ini mempunyai masalah dalam mengingati susunan peristiwa dan menentukan waktu.
  • mempunyai masalah dalam menggarap konsep wang - cth - 1 biji karipap 30sen,kalau nak beli 2 berapa harganya?dalam poket ada rm1..cukup ke?(menyebabkan anak-anak disleksik ini mudah ditipu atau dianiaya)
  • masalah ingatan jangka pendek - guru-guru dan orang dewasa akan fikir anak2 disleksik ini "degil" kerana tidak mengikut arahan.
  • masalah kesedaran sintaks - cth rumah atau house?




Tuesday 9 August 2011

aliens tu ada ke?


     Hari ni aku ngajar sains tajuk planets of the solar system pada kelas 4 disleksia. Seronok rasanya sebab budak2 ni seronok dapat tengok tayangan video tentang planets. Lumrah anak2 disleksia ni, mereka amat suka dgn alam semesta sbb daya imaginasi yg tinggi.
    Dek kerana imaginasi yg tinggi juga mereka bertanya macam2 soalan. Antaranya "cikgu ada aliens tak kat luar tu?","cikgu,neptune tu biru sebab apa cikgu?", "kenapa byk sgt bulan kat jupiter cikgu?". Buat pertama kalinya mereka bertanya tanpa aku perlu bertanya "siapa nak tanya soalan?" terlebih dahulu.
    Mereka ni bila berminat, mulalah fokus nya lebih, tapi kerana daya ingatan yang kurang mereka agak sukar nak mengingat susunan planet tu. Walaupun fokus nya ada, tapi mudah teralih. Jadi agak sukar untuk mengekalkan konsentrasi mereka ni sebenarnya. Perlukan guru prihatin sebarang pergerakan atau bunyi yang mampu mengganggu mereka. Bila ada tayangan video tadi mereka lebih tertumpu pada skrin. 
    Oleh itu tips utk mengekalkan konsentrasi anak2 disleksik ini , guru kena buat aktiviti bertulis,mendengar dan bertutur dalam 1 sesi pembelajaran , dimana semua deria digerakkan untuk 1 tujuan. Aktiviti mendengar apabila mereka mendengar penerangan guru , aktiviti menulis pula memerlukan guru menulis nota di papan putih dengan menggunakan marker pen yang warnanya berbeza. Ini membolehkan mereka menyalin dengan mudah kerana penglihatan anak2 disleksik ini kadangkala bermasalah. Bertutur boleh dijalankan bila sesi soal jawap. Perkara ini mmg biasa dilakukan di dalam kelas biasa/perdana tetapi bezanya dalam kelas p.khas ini aku sebagai guru akan mendengar pertuturan anak2 ini dan akan membetulkan sebutan mereka yang salah. contohnya kalau sepatut nya dia ingin bertanya "rumah tu besar mana cikgu?" tapi yang dia sebut "ruma tu besa mana cikgu?", jadi aku perlu betulkan serta merta. Bukan untuk mematikan semangat anak2 bertanya tetapi untuk elakkan dia menyebut perkataan itu dengan cara yang salah secara berterusan.
   ok sampai sini dulu catatan aku..next time kita sambung lagi..salam 1 malaysia semua.




Monday 8 August 2011

apa itu disleksia?


Untuk post kali ni aku nak kongsi ilmu/pengalaman sebagai guru Pendidikan Khas
Integrasi Disleksia.Harap ilmu ini dapat memberikan sedikit sinar kepada ibubapa 
yang mempunyai anak2 disleksik ini.Ia bukanlah rujukan yang benar-benar tepat 
tetapi ia adalah idea secara kasar mengenai anak2 disleksia.Untuk kesahihan pihak
ibubapa perlulah merujuk kepada pakar kanak-kanak di mana-mana hospital.
SELAMAT MEMBACA..

"Kanak-kanak Disleksik membingungkan. Dia tampak cerdik dan berkemampuan,
 segar dan berminat, mempunyai kemahiran lisan yang baiktetapi kemahiran  
membaca dan menulis lemah daripada apa yang dijangkakan, semacam dibawah
potensinya. Dia senang dianggap tidak menumpukan perhatian, malas atau cuai.”
 
                                            Memahami Disleksia:Institut Disleksia

KONSEP DISLEKSIA

MURID-MURID YANG MEMPUNYAI KECERDASAN MENTAL YANG SEARAS ATAU MELEBIHI MURID-MURID BIASA TETAPI MENGHADAPI KESUKARAN YANG TINGGI DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN MENGEJA, MEMBACA DAN MENULIS.

Ciri- ciri Murid Disleksia
  • murid sukar mengeja perkataan mudah.
  • murid kerap melakukan penyusunan abjad dalam perkataan.
  • murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir dalam suku kata.
  • murid mengalami kesukaran dalam membaca perkataan yang mempunyai vokal berganding, diftong dan digraf.
  • murid sukar membaca ayat panjang.
  • murid berasa waswas atau teragak-agak kerana kurang yakin sama ada yang dibaca itu salah atau betul.
  • pemahaman yang terhad dalam komunikasi bertulis.
  • kekeliruan terhadap kiri,kanan,atas,bawah.
  • hasil kerja tidak kemas,tulisan dan bentuk huruf tidak seragam,tidak mengikut garisan.
  • murid sukar menyalin maklumat yang ditulis di papan hitamdan yang disebut oleh guru.
  • tulisan murid sukar dibaca.
  • murid menulis abjad atau perkataan secara terbalik atau mirror image(menulis dari kanan ke kiri macam jawi).
  • menunjukkan kecelaruan dalam turutan nombor.
  • kekeliruan dengan simbol matematik ( +, x , -,=)
  • menggunakan taktik untuk mengelakkan membuat sesuatu kerja terutamanya jika disuruh membaca atau menulis.
  • mudah hilang tumpuan.
  • rasa penat yang keterlaluan kerana terpaksa memberi tumpuan dan daya usaha yang tinggi.
  • kreatif dalam mereka bentuk benda yang maujud(3D).
  • mempunyai banyak idea.

Sunday 7 August 2011

Takayasu’s arteritis & ASD minor

assalamulaikum dan salam sejahtera,

ada yang pelik ke dengan tajuk post ni?heheh.tu bkn la sejenis menu makanan mahupun jenis rumah yg nak dijual,tapi tu adalah nama penyakit.pendek kata itu adalah penyakit yang aku hadapi la senang cerita.dari kecil,actually dalam umur 1thn setengah la.mama aku yg cerita(sbb time tu aku terlalu kecik utk ingat semuanya..)aku ni selalu demam2 n sakit2 time kecil. dan bila nangis ada biru2 kat bibir.dek kerana mama aku ni concern,dia hantar la aku ke hospital universiti( sekarang dikenali sebagai P.P.U.M) tempat aku dilahirkan pd thn 1981.di sana mama aku kata aku di referkan pada dr asmah( sekarang prof asmah..)then pada thn 1982 aku disahkan ada ASD MINOR sbb ada murmur dlm jantung aku.apa tu ASD MINOR?kalo yg tak paham bahasa kedoktoran,secara mudahnya ia adalah sejenis penyakit jantung dimana dalam jantung tu ada lubang.dalam kes aku ni ada 3 lubang.berukuran lebih kurang 0.5mm hingga 0.3mm setiap satu lubang.dek kerana penyakit ini,hidup aku tak macam anak2 kecil yang lain.n hidup parents aku juga tidak seperti parents yg lain.pada tahun 80-an penyakit ini antara penyakit yg payah nak ubat.teknologi perubatan di malaysia time tu tak begitu mendedahkan sangat kaedah yg boleh ubati penyakit ni.tak macam sekarang ada ubat yang boleh tutupkan lubang tu.doctor hanya mengatakan pada parents aku biarkan lubang tu akan tutup sendiri mengikut proses pembesaran aku.so pendekkan cerita yg aku ingat,time aku darjah 2=8thn aku ada masuk wad,buat angiogram(tak silap aku la..).time tu mmg sakit la sgt sbb masukkan wire berkamera kedalam salur darah hingga jantung.that time doctor mmg bius habis satu badan sbb aku ni kecik lagi.kalo tgk darah membuak2 kang mesti jerit punya.so prosedur tu tak lama mana..ada dalam sejam ke dua jam..tp aku ni tido sampai 1 hari.sok pagi bangun tak boleh gerak mana2..kebas 1 badan.macam budak baru belajar berjalan aku ni mulakan proses pemulihan selepas prosedur tu.mmg budak kecik yg bertatih la rasanya.then aku ni hidup la seperti sediakala..dgn rutin jumpa doctor pakar jantung kanak-kanak setiap 6bln sekali.pada usia aku makin meningkat lubang di jantung ni tak juga tutup.doctor ada cakap kalo lubang ni tak tutup,aku akan hadapi banyak masalah utk teruskan hidup.mama aku buat muka biasa je time doctor cakap macam tu.tp aku tahu hati dia tak pernah berhenti berdoa agar aku terus hidup mcm anak2 lain.
dalam aku tingkatan 1 aku masuk sekolah menengah sama dgn sekolah tempat abah aku bertugas.aku masih dikawal agar tak aktif bersukan mcm remaja lain.aku hanya terlibat dgn aktiviti ringan dlm masa p.j je.maybe because of stress,kesihatan aku merosot sangat2.hingga aku selalu pitam di sekolah.sampai 1 tahap aku kena masuk wad sekali lagi.dan menjalani sekali lagi angiogram tu.doctor kata utk check semula keadaan jantung aku n saluran darah aku.that time la aku di diagnos ada penyakit Takayasu's arteritis.penyakit yang menyebabkan salur darah sempit n ketiadaan nadi di bahagian2 tertentu di badan cthnya mcm tangan dan kaki.kalo nak tau,nadi di tangan sebelah kanan aku ni tak dpt nak rasa.dah nasib badan agaknya,aku dapat penyakit yg kata doctor 1 dalam sejuta manusia je yg kena.
jd dari saat itu aku jd bahan rujukan doctor2 pelatih di uni malaya,kerana prof asmah dah mula jadi pensyarah di sana.kata dia aku mungkin ada kesukaran utk beranak.benda yg menghantui aku agak lama.hingga aku hampir buat keputusan utk tidak jatuh cinta dan hidup bujang la kononnya.tp takdir allah telah menentukan segala.aku akhirnya berkahwin juga,dgn senior di kuittho/uthm sekarang ni.diatas segala semangat n kata2 dorongan dari mama aku.."doctor bukan tuhan utk tentukan apa yg terjadi..hidup kena teruskan,cuba selagi terdaya." itulah aku hidup sampai sekarang.aku hidup sebolehnya seperti org normal.aku mengandung,bersalin normal,kedua2 anak aku lahir normal.allah berikan aku kekuatan utk teruskan hidup walaupun penyakit aku masih ada.masih dalam ikhtiar mencari penawar..tp bg aku kini penawar sebenar ada pada wajah anak2 aku.mereka lah semangat aku utk terus hidup...