Tuesday 10 March 2015

pengalaman mengandung bagi ibu yang ada takayasu's arteritis

Assalamualaikum semua.

lama sungguh saya tak kemas kini blog saya ni.punca nya sejak saya dpt jawatan penyelaras ppkid saya mmg agak sibuk mcm semut.hobi berkebun pun kadang on kadang off.

Tp hari ni saya update data sbb ada respond dr pembaca blog saya yg nak saya sharekan pengalaman sbg pesakit takayasu's arteritis..penyakit yg menyebabkan salur darah bersaiz kecil dari normal.

Ok secara jujurnya saya tak dapat nak terangkan apa yg berlaku dlm hidup saya sebagai org yg sakit sbb saya x pernah anggap saya sakit.cuma saya sedar saya sakit,jd saya perlu beritahu org keliling saya yg saya sakit utk keselamatan saya sendiri.kad temujanji di ppu sentiasa ada dlm kereta saya,kerana kad itu ada no tel ppum dan no rekod fail perbadi saya.( saya x suka perkataan sakit ni sebenarnya.bg saya ia adalah anugerah dr allah)

 Rezeki anak adalah sesuatu yg x diduga oleh saya.sbb prof asmah pernah ckp risiko org mcm saya ni nak ada anak..risiko time mengandung risiko time bersalin yg x dpt nak diduga oleh doc.bg mereka nyawa ibu lebih dahulu perlu diselamatkan. But allah sebaik perancang,sebulan lepas nikah saya mengandung anak sulung saya.saya diselia rapi oleh para doc terbaik di ppum.kerana risiko yg saya tanggung.ye..ada doc syorkan saya gugurkan kandungan sbb saya mabuk teruk time mengandung.tp saya ckp tak apa saya sanggup cuba.sbb kalau saya x cuba saya tak tahu kesudahannya.n mati tu kan dah pasti.

Pendekkan cerita setiap minggu saya pergi ke ppum.seminggu utk check up cardio clinic next week nya ke gynea clinic check baby pulak.mcm tu la rutin saya dan suami berulang alik dr melaka ke kl.di kl tidur rumah mak ayah saya.2 bln sebelum bersalin saya dah stay di wad bersalin sbb nya doc nak kawal pergerakan saya.dan kadar jantung saya bekerja.doc nasihatkan rehat.mujur sgt anak pertama ni saya masih menganggur.jd saya x menghadapi kerenah kerja di pejabat.anak sulung saya lahir pd tarikh lahir saya..di hosp yg sama saya dilahirkan dan kami sama2 perempuan, sama2 kidal,sama2 anak sulung dlm family..byk betul persamaan kami..tp saya mencari satu perbezaan...dia x de masalah jantung.seminggu lps bersalin baru saya boleh balik ke rumah.bersama anak.sbb saya dipantau ketat oleh doc.sebelum benar2 kuat utk kembali hidup normal.pengorbanan wang ringgit dr suami dan masa dia berulang alik dr melaka ke kl sgt la besar.Saya siap tulis wasiat utk suami sblm bersalin..dan dia masih simpan wasiat saya tu selepas 9 thn anak sulung kami lahir.
 pengalaman anak ke dua tunggu post seterusnya ya...panggilan azan dah berkumandang.solat dulu jom




















9 comments:

  1. assalamualaikum...bolehkah saudari ceritakan sedikit mengenai kesihatan saudari .adakah saudari ada darah tinggi.berapa bp saudari.adakah tinggi.kerana wife saya bp terlalu tinggi tetapi keadaannyas sihat sahaja.urgent.

    ReplyDelete
  2. saya berharap sangat saudari replay message ini kerana wife saya juga ada penyakit takayasu ini.saya berharap kita dapat berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  3. walaikumsalam..
    Alhamdulillah saya x ada darah tinggi.bacaanbp saya tiap kali gi check up biasanya normal.

    ReplyDelete
  4. Sis..kite sm...lm da sy mencari org dan kwn tuk sakit ni...blh ke kite cntct...

    ReplyDelete
  5. mmaf puan aisyah atas kelewatan saya reply conment puan.saya baru lps keluar ccu.keadaan kesihatan saya masih dlm pemerhatian doc lg.boleh je hubungi saya melalui email diana5681@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. jikalau ada maklumat mengenai takayasu bolehkah saudari emel kepada saya

    ReplyDelete
  7. Adakah anda sedang mencari pinjaman? anda berada di tempat yang tepat untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! Global Finance Limited memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan 2%. sila hubungi kami melalui e-mel melalui (oliviadaniel93@gmail.com)


    DATA PERMOHONAN

    1) Nama Penuh:
    2) Negara:
    3) Alamat:
    4) Negeri:
    5) Seks:
    6) Status perkahwinan:
    7) Pekerjaan:
    8) Nombor telefon:
    9) Kedudukan Semasa di tempat kerja:
    10) Pendapatan bulanan:
    11) Jumlah Pinjaman yang diperlukan:
    12) Tempoh Pinjaman:
    13) Tujuan pinjaman:
    14) Agama:
    15) Adakah anda memohon sebelum:
    16) Tarikh lahir:
    Terima kasih,

    ReplyDelete