Wednesday 19 September 2012

CIRI-CIRI MURID DISLEKSIA

  1. Kreatif dalam reka bentuk benda-benda maujud.
  2. Murid mempunyai banya idea ( full of ideas).
  3. Murid keliru membeza bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata
  4. Kekeliruan di antara kiri dan kanan , atas dan bawah.
  5. Pemahaman yang terhad dalam komunikasi bertulis.
  6. Murid menulis abjad-abjad dan perkataan secara terbalik.
  7. Menunjukkan kekeliruan dalam urutan nombor.
  8. Kekeliruan dengan simbol - simbol 
  9. Tumpuan mudah beralih
  10. Kelihatan seperti berkhayal dan tidak mendengar.
  11. Menggunakan taktik mengelak untuk melakukan sesuatu kerja.
  12. Tiada ekspresi semasa membaca.
  13. Murid sukar membaca ayat panjang. Murid berasa waswas atua teragak-agak keran kurang yakin , sama ada yang dibaca itu salah atau betul.
  14. Rasa penat yang keterlaluan keran terpaksa memberi tumpuan dan daya usaha yang tinggi.
  15. Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca berbanding rakan sebaya . Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid semasa membaca ialah :-
  • tidak menghiraukan tanda bacaan.
  • menggugurkan perkataan.
  • menggantikan perkataan.
  • menambah perkataan pada bacaannya.
  • melangkau baris. Tertinggal baris kedua semasa membaca. 
16. Murid mengalami kesukaran dalam membaca perkataan yang mempunyai vokal berganding /diftong dan  digraf/konsonan berganding.
17. Hasil kerja tidak kemas; tulisan dan bentuk huruf tidak seragam ;tidak menikut garisan.
18.Murid sukar menyalin maklumat ;
  • yang ditulis oleh guru di papan hitam
  • yang diperdengar atau yang disebut oleh guru.

No comments:

Post a Comment