Tuesday, 23 August 2011

apa itu disleksia? Bhgn 2

assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ni aku nak kongsi maklumat yg aku dapat dr taklimat dr ketua unit pendidikan khas negeri melaka,en md aziz b hj lani.semoga perkongsian maklumat ini dpt memberikan kefahaman yang lebih jelas lagi.selamat membaca..

masalah yang dihadapi oleh anak-anak disleksik:
  • masalah fonologi-kekeliruan kepada perkataan yang mempunyai bunyi yang hampir sama.
  • memerlukan bimbingan secara tidak langsung atau ketara.(unobstrusive help)
  • susah menjawab soalan secara tiba-tiba kerana masalah memperoleh fakta-anak2 disleksik ini boleh mendengar dan melihat tetapi bermasalah dalam memproses perkataan.
  • kecenderungan menjadi "kaku" apabila ditanya soalan.
  • masalah penyusunan bersiri- anak- anak ini mempunyai masalah dalam mengingati susunan peristiwa dan menentukan waktu.
  • mempunyai masalah dalam menggarap konsep wang - cth - 1 biji karipap 30sen,kalau nak beli 2 berapa harganya?dalam poket ada rm1..cukup ke?(menyebabkan anak-anak disleksik ini mudah ditipu atau dianiaya)
  • masalah ingatan jangka pendek - guru-guru dan orang dewasa akan fikir anak2 disleksik ini "degil" kerana tidak mengikut arahan.
  • masalah kesedaran sintaks - cth rumah atau house?




No comments:

Post a Comment