Hari ni aku ngajar sains tajuk planets of the solar system pada kelas 4 disleksia. Seronok rasanya sebab budak2 ni seronok dapat tengok tayangan video tentang planets. Lumrah anak2 disleksia ni, mereka amat suka dgn alam semesta sbb daya imaginasi yg tinggi.
Dek kerana imaginasi yg tinggi juga mereka bertanya macam2 soalan. Antaranya "cikgu ada aliens tak kat luar tu?","cikgu,neptune tu biru sebab apa cikgu?", "kenapa byk sgt bulan kat jupiter cikgu?". Buat pertama kalinya mereka bertanya tanpa aku perlu bertanya "siapa nak tanya soalan?" terlebih dahulu.
Mereka ni bila berminat, mulalah fokus nya lebih, tapi kerana daya ingatan yang kurang mereka agak sukar nak mengingat susunan planet tu. Walaupun fokus nya ada, tapi mudah teralih. Jadi agak sukar untuk mengekalkan konsentrasi mereka ni sebenarnya. Perlukan guru prihatin sebarang pergerakan atau bunyi yang mampu mengganggu mereka. Bila ada tayangan video tadi mereka lebih tertumpu pada skrin.
Oleh itu tips utk mengekalkan konsentrasi anak2 disleksik ini , guru kena buat aktiviti bertulis,mendengar dan bertutur dalam 1 sesi pembelajaran , dimana semua deria digerakkan untuk 1 tujuan. Aktiviti mendengar apabila mereka mendengar penerangan guru , aktiviti menulis pula memerlukan guru menulis nota di papan putih dengan menggunakan marker pen yang warnanya berbeza. Ini membolehkan mereka menyalin dengan mudah kerana penglihatan anak2 disleksik ini kadangkala bermasalah. Bertutur boleh dijalankan bila sesi soal jawap. Perkara ini mmg biasa dilakukan di dalam kelas biasa/perdana tetapi bezanya dalam kelas p.khas ini aku sebagai guru akan mendengar pertuturan anak2 ini dan akan membetulkan sebutan mereka yang salah. contohnya kalau sepatut nya dia ingin bertanya "rumah tu besar mana cikgu?" tapi yang dia sebut "ruma tu besa mana cikgu?", jadi aku perlu betulkan serta merta. Bukan untuk mematikan semangat anak2 bertanya tetapi untuk elakkan dia menyebut perkataan itu dengan cara yang salah secara berterusan.
ok sampai sini dulu catatan aku..next time kita sambung lagi..salam 1 malaysia semua.
ok sampai sini dulu catatan aku..next time kita sambung lagi..salam 1 malaysia semua.
No comments:
Post a Comment