Monday, 8 August 2011

apa itu disleksia?


Untuk post kali ni aku nak kongsi ilmu/pengalaman sebagai guru Pendidikan Khas
Integrasi Disleksia.Harap ilmu ini dapat memberikan sedikit sinar kepada ibubapa 
yang mempunyai anak2 disleksik ini.Ia bukanlah rujukan yang benar-benar tepat 
tetapi ia adalah idea secara kasar mengenai anak2 disleksia.Untuk kesahihan pihak
ibubapa perlulah merujuk kepada pakar kanak-kanak di mana-mana hospital.
SELAMAT MEMBACA..

"Kanak-kanak Disleksik membingungkan. Dia tampak cerdik dan berkemampuan,
 segar dan berminat, mempunyai kemahiran lisan yang baik … tetapi kemahiran  
membaca dan menulis lemah daripada apa yang dijangkakan, semacam dibawah
potensinya. Dia senang dianggap tidak menumpukan perhatian, malas atau cuai.”
 
                                            Memahami Disleksia:Institut Disleksia

KONSEP DISLEKSIA

MURID-MURID YANG MEMPUNYAI KECERDASAN MENTAL YANG SEARAS ATAU MELEBIHI MURID-MURID BIASA TETAPI MENGHADAPI KESUKARAN YANG TINGGI DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN MENGEJA, MEMBACA DAN MENULIS.

Ciri- ciri Murid Disleksia
  • murid sukar mengeja perkataan mudah.
  • murid kerap melakukan penyusunan abjad dalam perkataan.
  • murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir dalam suku kata.
  • murid mengalami kesukaran dalam membaca perkataan yang mempunyai vokal berganding, diftong dan digraf.
  • murid sukar membaca ayat panjang.
  • murid berasa waswas atau teragak-agak kerana kurang yakin sama ada yang dibaca itu salah atau betul.
  • pemahaman yang terhad dalam komunikasi bertulis.
  • kekeliruan terhadap kiri,kanan,atas,bawah.
  • hasil kerja tidak kemas,tulisan dan bentuk huruf tidak seragam,tidak mengikut garisan.
  • murid sukar menyalin maklumat yang ditulis di papan hitamdan yang disebut oleh guru.
  • tulisan murid sukar dibaca.
  • murid menulis abjad atau perkataan secara terbalik atau mirror image(menulis dari kanan ke kiri macam jawi).
  • menunjukkan kecelaruan dalam turutan nombor.
  • kekeliruan dengan simbol matematik ( +, x , -,=)
  • menggunakan taktik untuk mengelakkan membuat sesuatu kerja terutamanya jika disuruh membaca atau menulis.
  • mudah hilang tumpuan.
  • rasa penat yang keterlaluan kerana terpaksa memberi tumpuan dan daya usaha yang tinggi.
  • kreatif dalam mereka bentuk benda yang maujud(3D).
  • mempunyai banyak idea.

No comments:

Post a Comment