Saturday, 8 September 2012

Perkongsian ilmu.

Ramai yang tertanya-tanya macam mana mahu mengenalpasti anak - anak kecil ini mempunyai masalah disleksia atau tidak.yela..benda yang berkaitan disleksia ni tak boleh dilihat menggunakan mata..dalam otak.memang la susah nak dikenal pasti masalah/kekurangan yang dihadapi.tak macam yang sindrom down atau autisme.
Hasil dari pergi kursus/taklimat tadi..kat sini ada info yang boleh dikongsi bersama anda semua.

Simptom2 yang menunjukkan ada KEBARANGKALIAN anak2 kecil mempunyai masalah disleksia boleh dikenalpasti melalui :-

1.Sound - bunyi, yang mana anak2 kecil ini kadang2 pelat atau gagap bila bertutur.
2. Speed - kepantasan dia bertutur.
3. Kebolehan menentukan tempoh aturan masa contohnya susunan hari  ISNIN , SELASA , RABU dan seterusnya.
4. Motor skills - tengok la anak2 kecil ni boleh tak masukkan manik (yang berlubang besar) ke dalam benang kasar.
5. Memory - anak2 disleksik ni tak boleh ingat arahan yang panjang.kalau nak bg arahan bagi arahan yang ringkas dan spesifik. contoh :- " Tolong ambil baju atas katil,kemudian pergi dapur ambil bekas air lepas tu bawa makanan dalam bekas biru ke dalam kereta." yang anda akan peroleh nanti hanyalah bekas makanan warna biru tu je dalam kereta..yang lain dia lupa.
6. Ratio - nisbah murid lelaki menghadapi masalah disleksia lebih ramai berbanding murid perempuan.

JANGAN INGAT KITA YANG TUA/DEWASA NI TAK BOLEH ADA DISLEKSIA KERANA DISLEKSIA INI BOLEH BERLAKU PADA MANA2 PERINGKAT DAN KEBOLEHAN INTELEKTUAL YER.

macam mana boleh jadi macam tu..tunggu tulisan saya seterusnya...


No comments:

Post a Comment