Saturday, 8 September 2012

DISLEKSIA??

OK..siapa yang dah baca blog ni dari awal..boleh la meneruskan pembacaan entri saya kali ni.kalo yang belum tu..kena la baca dulu.hehehe

Saya pun baru dapat ilmu baru hari ni..hasil dari pergi kursus tadi.Rupa2 nya kita yang dah dewasa ni pun boleh dapat disleksia ni juga...dan disleksia ni dipanggil disleksia perolehan.sebelum saya terangkan apa itu disleksia perolehan moh saya terangkan dulu jenis2 disleksia yang lain.

disleksia ni ada 4 kategori..
1.disleksia pendengaran (audio)- murid yang menghadapi masalah disleksia audio ni tak dapat membezakan persamaan / perbezaan bunyi  atau mengadun bunyi menjadi perkataan.
2. disleksia panduan (visual) - murid yang mengahadapi masalah ini,mereka dapat melihat dengan baik, tetapi tidak dapat membezakan atau membuat interpretasi atau mengingat perkataan yang dilihat.
3. disleksia visual & audio - murid yang menghadapi masalah kategori ini adalah insan yang paling mencabar hidupnya..kerana dikurniakan " kelebihan" ini.bayangkan masalah kategori 1 dan 2 dihadapi oleh seorang anak kecil..renungkan..betapa mencabarnya hidup ini bagi dia.
4 . disleksia perolehan - disleksia jenis ini biasanya didapati akibat sesuatu kemalangan yang berlaku ke atas org dewasa yang melibatkan otak.gangguan akibat hentakan atau gegaran boleh menyebabkan otak mengalami gangguan/kekeliruan dalam memproses maklumat atau mengingati arah.

Sebenarnya 5% hingga 17% penduduk Malaysia mengalami kebarangkalian disleksia ini.Cuma kita je yang tak sedar. Antaranya bila anda kidal..anda ada kebarangkalian disleksia.hahahaaa..saya kidal!yes..kiri dari lahir.dan saya kadang2 ada simptom disleksia ni juga..hummm.

No comments:

Post a Comment