Sunday, 7 August 2011

Takayasu’s arteritis & ASD minor

assalamulaikum dan salam sejahtera,

ada yang pelik ke dengan tajuk post ni?heheh.tu bkn la sejenis menu makanan mahupun jenis rumah yg nak dijual,tapi tu adalah nama penyakit.pendek kata itu adalah penyakit yang aku hadapi la senang cerita.dari kecil,actually dalam umur 1thn setengah la.mama aku yg cerita(sbb time tu aku terlalu kecik utk ingat semuanya..)aku ni selalu demam2 n sakit2 time kecil. dan bila nangis ada biru2 kat bibir.dek kerana mama aku ni concern,dia hantar la aku ke hospital universiti( sekarang dikenali sebagai P.P.U.M) tempat aku dilahirkan pd thn 1981.di sana mama aku kata aku di referkan pada dr asmah( sekarang prof asmah..)then pada thn 1982 aku disahkan ada ASD MINOR sbb ada murmur dlm jantung aku.apa tu ASD MINOR?kalo yg tak paham bahasa kedoktoran,secara mudahnya ia adalah sejenis penyakit jantung dimana dalam jantung tu ada lubang.dalam kes aku ni ada 3 lubang.berukuran lebih kurang 0.5mm hingga 0.3mm setiap satu lubang.dek kerana penyakit ini,hidup aku tak macam anak2 kecil yang lain.n hidup parents aku juga tidak seperti parents yg lain.pada tahun 80-an penyakit ini antara penyakit yg payah nak ubat.teknologi perubatan di malaysia time tu tak begitu mendedahkan sangat kaedah yg boleh ubati penyakit ni.tak macam sekarang ada ubat yang boleh tutupkan lubang tu.doctor hanya mengatakan pada parents aku biarkan lubang tu akan tutup sendiri mengikut proses pembesaran aku.so pendekkan cerita yg aku ingat,time aku darjah 2=8thn aku ada masuk wad,buat angiogram(tak silap aku la..).time tu mmg sakit la sgt sbb masukkan wire berkamera kedalam salur darah hingga jantung.that time doctor mmg bius habis satu badan sbb aku ni kecik lagi.kalo tgk darah membuak2 kang mesti jerit punya.so prosedur tu tak lama mana..ada dalam sejam ke dua jam..tp aku ni tido sampai 1 hari.sok pagi bangun tak boleh gerak mana2..kebas 1 badan.macam budak baru belajar berjalan aku ni mulakan proses pemulihan selepas prosedur tu.mmg budak kecik yg bertatih la rasanya.then aku ni hidup la seperti sediakala..dgn rutin jumpa doctor pakar jantung kanak-kanak setiap 6bln sekali.pada usia aku makin meningkat lubang di jantung ni tak juga tutup.doctor ada cakap kalo lubang ni tak tutup,aku akan hadapi banyak masalah utk teruskan hidup.mama aku buat muka biasa je time doctor cakap macam tu.tp aku tahu hati dia tak pernah berhenti berdoa agar aku terus hidup mcm anak2 lain.
dalam aku tingkatan 1 aku masuk sekolah menengah sama dgn sekolah tempat abah aku bertugas.aku masih dikawal agar tak aktif bersukan mcm remaja lain.aku hanya terlibat dgn aktiviti ringan dlm masa p.j je.maybe because of stress,kesihatan aku merosot sangat2.hingga aku selalu pitam di sekolah.sampai 1 tahap aku kena masuk wad sekali lagi.dan menjalani sekali lagi angiogram tu.doctor kata utk check semula keadaan jantung aku n saluran darah aku.that time la aku di diagnos ada penyakit Takayasu's arteritis.penyakit yang menyebabkan salur darah sempit n ketiadaan nadi di bahagian2 tertentu di badan cthnya mcm tangan dan kaki.kalo nak tau,nadi di tangan sebelah kanan aku ni tak dpt nak rasa.dah nasib badan agaknya,aku dapat penyakit yg kata doctor 1 dalam sejuta manusia je yg kena.
jd dari saat itu aku jd bahan rujukan doctor2 pelatih di uni malaya,kerana prof asmah dah mula jadi pensyarah di sana.kata dia aku mungkin ada kesukaran utk beranak.benda yg menghantui aku agak lama.hingga aku hampir buat keputusan utk tidak jatuh cinta dan hidup bujang la kononnya.tp takdir allah telah menentukan segala.aku akhirnya berkahwin juga,dgn senior di kuittho/uthm sekarang ni.diatas segala semangat n kata2 dorongan dari mama aku.."doctor bukan tuhan utk tentukan apa yg terjadi..hidup kena teruskan,cuba selagi terdaya." itulah aku hidup sampai sekarang.aku hidup sebolehnya seperti org normal.aku mengandung,bersalin normal,kedua2 anak aku lahir normal.allah berikan aku kekuatan utk teruskan hidup walaupun penyakit aku masih ada.masih dalam ikhtiar mencari penawar..tp bg aku kini penawar sebenar ada pada wajah anak2 aku.mereka lah semangat aku utk terus hidup...

19 comments:

  1. perghh...1st post sudah pjg mcm ni! upcoming apatah lg, hehe. only 1 thing kak, agak susah sikit mau baca la... =P

    just keep on writing ya! xoxo

    ReplyDelete
  2. tu pun byk dah cut..hahahah.byk benda dlm otak nak tulis tu terus je.nanti lain kali kena buat rangka dulu la

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum puan.isteri saya mengidap pnyakit takayasus. pnyakit ni bru dpt detect dlm tahun nie.so saya sedang mncari orng yg penah mngidap pnyakit ni untuk dapat sebarang tips dan nasihat.harap kita dapat berhubung.saya tinggalkan email saya zaidinor@penang.gov.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaidinor kita ada persamaan.awak boleh berkongsi masalah dgn sy.wife sy juga ada masalah yg sama.sudah lama sy mencari friend yg ada penyakit takayasu ni..salam perkenalan.azrul.

      Delete
    2. Assalam puan.isteri sya ada masalah yg sama dgn puan.bolehkah puan berkongsi lgi crita di sini ..utk pngetahuan puan wife sy dah dua kali operate utk terminate baby.sy merasa dukacita dgn sikap doktor.

      Delete
  4. be strong n be positif.mati tu pasti.jgn takut mati..
    Apa2 pun saya nasihatkan pd tuan puan pergi minta second opinion dulu dr doc pakar sblm buat keputusan.segalanya allah yg tentukan.pakar di ppum spt prof wan atau prof imran boleh bantu.di gleneagles ada dr nik helmi yg pernah refer kes saya dulu.percaya pd allah.in sha allah dia perancang terbaik utk hambanya

    ReplyDelete
  5. Gleaneglw penang ke..memang mati itu pasti.Allah yang tentukan.tetapi kalau kita xsakit apa apa.tiba tiba doktor nk operate apa ceritanya.bgi sy doktor bukan tempt kta bergantung nasib.hnya pada Allah kita berserah.

    ReplyDelete
  6. Doktor telah operate wife sy utk keluarkakan baby walaupun tahu peratua hndak hidup kurang.dah 7 bulan.dktr telah terminate kandungan wife sy tanpa apa apa.hny krana darah tinggi.walaupun beberapa kali sy telah beritahu keadaan isteri sy ok.dtg gh trus nk operate.doktor adalah pembunuh anak sya.

    ReplyDelete
  7. gleneagles k.l x silap saya la.setshu saya apa2 prosedure kalau doc nak buat mesti ada pengesahan dan tanda tgn dr waris atau patient sendiri.doc mesti terangkan apa yg dia nak buat dan kenapa dia nak buat.utk pengetahuan en azrul sebenarnya darah tinggi boleh membunuh ibu ketika mengandung.kerana akan menyebabkan stroke.nak kata doctor tu pembunun sgt la tak adil rasanya.sbb dia x akan buat pembedahan kalau x da signature dr waris mahupun patient.saya bukan doctor,saya hanya pesakit yg biasa masuk keluar hosp.jd saya rasa ada baiknya pergi lah jumpa pakar utk minta pendapat kedua mahupun ketiga.
    Mcm kes saya bila doc ckp nak saya gugurkan baby first saya kerana condition saya yg sgt lemah sbb morning sickness dia tak de la gugurkan terus.doc tu bincang dgn saya n saya tetapkan keputusan x mahu menggugurkan anak saya.its my life..n i have right to control it in my own way.doc pakar tu terima pendapat saya.dah dia pantau saya sebaiknya sampai saya selamat bersalin anak pertama dan kedua.

    ReplyDelete
  8. Keadaan saya ni semua pilihan adalah kehendak saya.suami saya x mahu memaksa.bg dia x ada anak pun x apa.janji saya ada.but saya tau sayan perlu cuba utk anak zuriat.dpt sorang pun jd lah.so semua proses,pemeriksaan ke keluar masuk hosp suami saya dia letakkan kepercayaan utk saya buat keputusan.saya mampu saya buat saya x mampu saya ckp pd dia.n doctor yg merawat saya dr gynea hingga ke cardiologist semua support keputusan saya.mudah nak dibawa bincang.saya juga baca jurnal perubatan di internet.to make sure saya ada ilmu tentang penyakit ni jd bila jumpa doctor saya boleh bertanya n bincang dgn doc pakar saya.
    Doctor saya pun terangkan risiko tu pada saya dan suami.doc pun x pula mendesak utk keputusan dr saya.jd saya bincang dgn suami dlm keadaan relax je.dpt keputusan saya bgtau pd doc n doc terima alasan saya.so bg saya saya x de masalah dgn doc.they help me n husband very much.dan saya pun terhutang budi pd doc di ppum sbb bantu saya dr saya kecil sampai la dah beranak dua mcm ni.

    ReplyDelete
  9. Bukannya nk memandai mandai.tetapi kondisi wife saya tetap tekanan darahnya masih tinggi selalu walaupun mkn ubt.sekarang ni pun dan sebelum mengandung pun tinggi.itu sebab sy yakinlan doctor utk. Tidak terminate baby dlm kandungan itu hari.tetapi setibanya di gh doctor trus suruh wife sya puasa selama 1 hari.katanya tkut apa apa senang nk operate.memangla keadaan wife sy lemah sebab xmakan apa apa dri pgi lgi.n pgi gh trus doc suruh puasa.dan masukkan tiub kencing kepada wife xbgi pergi ke mana mana.n sy terpaksa menuruti ckp doc sbn kesian tgk keadaan wife yg puasa xdpt mkn sampai menggeletar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  10. 18-1-1985 to 26-11-2015 30th adik sy, dpt dia lihat anak dia membesar 3th 11 bln. sewaktu umur 13th dia dah operate bolw 5 injap, stanting 2 tempat. Sewaktu meninggal dia tak menunjukan simtom2 sakit langsung... Pressure last checkup pun ok... Tp doctor ada ckp yg hormon takayasu dia aktif kembali... Nasihat sya pada pengidap takayasu cuba utk tidak stress. Al-fateha

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...sahabat sekalian..semua apa yang telah terjadi datang dari kehendak ilahi.Sebagai manusia seharusnya kita berhak memperjuangkan nasib kita sebagai khalifah di muka bumi untuk terus hidup.tetapi di sini saya sebagai umat islam ingin menyatakan pendapat kita tidak seharusnya mempercayai doktor 100 %.doktor hanya melakukan apa yang dipelajari dari barat.lebih lebih lagi doktor yang bukan muslim.

    ReplyDelete
  12. anak saya telah meninggal disebabkan doktor mendesak saya untuk terminate kandungan wife saya..walaupun saya mengatakan wife saya sihat cuma tekanan darah yang tinggi yang tidak dpt dikenalpasti semenjak ia kecil lagi..Allah huakbar.saya redha di atas pemergian anak saya,tetapi agak kecewa kerana tidak dpt mempertahankan nasib anak saya kerana dilahirkan tidak cukup bulan.doktor hanya melihat kondisi tekanan darah tinggi sahaja dan tahu mendesak sahaja untuk terminate dan tidak memberi masa untuk berfikir di saat kebuntuan.selepas wife saya dibedah dan dikeluarkan baby dalam kandungan .tekanan darah wife saya masih lagi tinggi.doktor hanya memberi ubat untuk menurunkan tekanan darah.tetapi seperti yang saya katakan pada doktor! tekanan darah masih tinggi..sehinggalah sampai tahap saya sain untuk keluarkan wife saya dari hospital kerana tidak sanggup lagi melihat diperlakukan sebegitu,terlantar di atas katil hospital tanpa punca .HANYA UTK MENURUNKAN TEKANAN DAARAH.sekarang wife saya sihat seperti dulu sudah setahun..selepas itu wife saya tidak mahu lagi makan ubat darah tinggi.dan dia sekarang happy hidup dengan saya tanpa merasa kesakitan.Allah maha kuasa di atas tiap sesuatu kejadian.di saat ini saya masih memikirkan bagaimana untuk mendapatkan zuriat saya dengan isteri kerana memikirkan apa yang telah terjadi .mungkin slepas ini saya menunggu sampai 9 bulan pulak baru pergi hospital.pergi ikut prosedur pun asyik diterminate sahaja..,apalah nasib yang terjadi ini...hanya Allah sahaja yang mengetahui...

    ReplyDelete
  13. anak saya telah meninggal disebabkan doktor mendesak saya untuk terminate kandungan wife saya..walaupun saya mengatakan wife saya sihat cuma tekanan darah yang tinggi yang tidak dpt dikenalpasti semenjak ia kecil lagi..Allah huakbar.saya redha di atas pemergian anak saya,tetapi agak kecewa kerana tidak dpt mempertahankan nasib anak saya kerana dilahirkan tidak cukup bulan.doktor hanya melihat kondisi tekanan darah tinggi sahaja dan tahu mendesak sahaja untuk terminate dan tidak memberi masa untuk berfikir di saat kebuntuan.selepas wife saya dibedah dan dikeluarkan baby dalam kandungan .tekanan darah wife saya masih lagi tinggi.doktor hanya memberi ubat untuk menurunkan tekanan darah.tetapi seperti yang saya katakan pada doktor! tekanan darah masih tinggi..sehinggalah sampai tahap saya sain untuk keluarkan wife saya dari hospital kerana tidak sanggup lagi melihat diperlakukan sebegitu,terlantar di atas katil hospital tanpa punca .HANYA UTK MENURUNKAN TEKANAN DAARAH.sekarang wife saya sihat seperti dulu sudah setahun..selepas itu wife saya tidak mahu lagi makan ubat darah tinggi.dan dia sekarang happy hidup dengan saya tanpa merasa kesakitan.Allah maha kuasa di atas tiap sesuatu kejadian.di saat ini saya masih memikirkan bagaimana untuk mendapatkan zuriat saya dengan isteri kerana memikirkan apa yang telah terjadi .mungkin slepas ini saya menunggu sampai 9 bulan pulak baru pergi hospital.pergi ikut prosedur pun asyik diterminate sahaja..,apalah nasib yang terjadi ini...hanya Allah sahaja yang mengetahui...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum...sahabat sekalian..semua apa yang telah terjadi datang dari kehendak ilahi.Sebagai manusia seharusnya kita berhak memperjuangkan nasib kita sebagai khalifah di muka bumi untuk terus hidup.tetapi di sini saya sebagai umat islam ingin menyatakan pendapat kita tidak seharusnya mempercayai doktor 100 %.doktor hanya melakukan apa yang dipelajari dari barat.lebih lebih lagi doktor yang bukan muslim.

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. Sudah 2 tahun berlalu peristiwa itu tetap menghNtui diriku ini..sesapa yg baca ni..tlg l jwb..ye..apa solutionnya..

      Delete